Wednesday, May 20, 2009

Syaratnya?

malam datang dan masa berlalu dengan pantas. aku tengah duduk atas katil buat bodoh. esok nak exam BM tapi sepatah hapak pun tak baca lagi. ah, hari ni lah. baru sebentar tadi, keluarga ku menyambut ulangtahun kelahiran bonda tercinta.

ayah pulang membawa kek. selepas makan malam, kami duduk di ruang tamu dan menyanyikan lagu untuk bonda. disebabkan ayahanda yang ditugaskan membeli kek dan pelbagai, kekanda dan aku sepatutnya dah tahu yang ayahanda tidak pandai memilih.

jadi, dia pulang bersama dengan kek coklat bersalutan ais krim.namun yang mengecewakan, ayah meletakkan ayat pada kek itu terlalu panjang. malah dia menulis ' Happy 44th Birthday, Ibu.....'
dan membelinya dari Berry's di Taipan.

bonda berkata,

''yang, lain kali takyah ah letak umur. i taulah i dah masuk 44 tahun,"

aku pun berkata dalam hati,

"patutnya kalau umur dah 30 dah takyah letak kat kek, nanti kecil hati si penyambut,"

lepas menyambut, aku bersantai di hadapan kaca televisyen.
ayahanda sedang berborak dengan opah yang kini berada di Perak. perbualan ayahanda menarik minat aku dan bonda serta kekanda.

ayahanda menceritakan segalanya kepada opah, sambil menunjukkan tanda-tanda keasyikan berceritanya. tapi, kalau dia tunjukkan isyarat tu kat opah pun macam opah boleh nampak jer. haha. bukan berniat untuk mengejek ayahanda tersayang.

ni hal lain lak.kekanda secara tiba-tiba berminat dalam bahasa mandarin. aku ditugaskan untuk mencari translator untuknya di internet. selepas beberapa minit bergoogling, hasilnya menghampakan.

nasib baik ada, SUPER JANE, datang membantu. dialah translator personal aku.hehe.
sampai disini saja post blog aku untuk kali ini.

:D Qashifa