Tuesday, May 19, 2009

happy birthday ke-2!

ya,sekarang pukul 2.12 pagi. i'm bored. humor me. aku terkezut gila bab tadi. tengah syok bermyspacing, tiba-tiba ada ketukan di pintu bilikku. aku tak terjawab kerana ingatkan sapa lah yang ketuk pintu pukul 2 pagi. aku biar jer. lepas tu, dengar bunyi kunci, tombol(doorknob) aku berbunyi lagi.

lagilah aku takut. aku bergerak dari katil aku dan cuba membuka pintu.dah terbayang lah dalam kepala ni ada orang bertopeng memegang pistol, tengok-tengok, abang aku yang bod datang balik dari kelas dia. orang dah takut separuh mati dah tadi.

ini adalah pengajaran kepada adik-beradik di luar sana. jangan cuba nak ketuk pintu orang lagi2 try buka pintu dengan kunci pada jam 2 pagi, kang adik mati terkejut beruk baru tahu. ucaplah assalamualaikum dulu ke, biar tenang hati ni.

takdalah nak terfikir,

"sape ni? pencuri ke?"

"alamak, mati aku."

dan pemikiran ini,

"mana ayah ni? pencuri nak cuba masuk bilik adik, bukannya ada duit, 10 sen pun takda, nak rompak bilik aku gak.rompak ah tempat lain.bodoh!"

ingat, jangan sekali-kali takutkan adik anda.
assalamualaikum dan selamat sejahtera,farewell.

;D