Wednesday, April 29, 2009

Lost

nasihat kepada korang semua,

sayangi dan hormatilah ibu bapa anda. jangan sekali2 menderhaka kepada mereka. nanti apabila mereka tiada, korang yang akan menyesal. aku bukan nak nasihat sebab kelakuan orang ke apa, ni agak serius. hormat dan sayang mereka.

tunjukkan sayang korang kat mereka, bersyukur lah korang still ada parents yang terlebih sayang kat korang. jangan ingat kalau dorang marah, dorang tak sayang. kalau dorang marah lah, maknanya dorang sayang korang sangat2 sampai taknak korang ada kehidupan yang susah di masa hadapan. maknanya, kalau korang selalu kena marah, parents korang sayang korang sangat, kene tunjuk dalam cara yang agak kasar.

jangan menderhaka, dengar cakap ibu bapa. make them proud!

SHOW YOUR LOVE!

mother's day nak dekat, kumpul duit, belikan your mother a special gift. beli yang lagi special daripada your siblings, baru dorang jealous. tapi ingat, it's the thought that counts.

Happy Mother's Day( 10 May)

Sunday, April 26, 2009

angan-angan batu bertangan

semalam, disebabkan penat makan sushi, aku pun pulang dan terus membuka laptop kesayangan. setelah berjaya mencuri connection orang lain, aku pun membuka myspace. aku berasa sungguh kecewa melihat tiada apa-apa untuk digembirakan.

aku pun mengangkat kaki aku dan bertanya kepada abangku yang sedang tekun belajar(kononnya).

aku bertanya,

"abang nak pakai internet tak?"

dia pun menjawab,

"biar lah dulu. abang pakai kejap lagi"

aku pun pulang ke bilik aku dan terus memelapkan mata. mimpi ku begitu pelik sekali.
adik yang sekarang baru berumur 1 tahun dan 6 bulan dan ketinggian yang tidak berubah sejak 3 bulan lalu muncul dalam mimpi yang sepatutnya indah.

aku punyalah hairan. aku cuba bergerak nak dekat kat dia, tetiba dia toleh belakang,

" what are you looking at?"

aku terkezut giler. adik ku boleh bertutur bahasa inggeris? aku pun membalas,

" i'm looking at you sister,"

mukanya merah lalu mengangkat batu yang besar drpd dia dan mambaling nya kepadaku.

maklumlah mimpi kan,
aku pun memberhentikan batu yang lagi sikit nak kena muka aku sambil tutup mata. aku buka mataku dan melihat batu yang dipegang oleh ku, yang di baling oleh adikku, mempunyai tangan di kedua-dua belahya.

aku meletak batu itu di bawah.tetiba, muncul lak kaki. mataku terbeliak.
batu itu toleh ke belakang dan mencapai untuk tangan adikku.
mereka berdua berjalan catwalk hingga kabur. aku menggosok mataku.

aku terbangun apabila terdengar theme song untuk drama korea kegemaranku. mimpi tentang batu bertangan, pelik betul.

Saturday, April 25, 2009

Permulaan Baru

seperti yang kamu sudah lihat, aku telah 'delete' semua, ulangi, semua, post blog aku yang sebelum ini. ini adalah untuk satu permulaan baru dalam blog ini. saja nak inform y'all, yang mungkin aku takkan tulis blog banyak sangat kot. agak busy sekarang ni.

lagipun abang aku nak guna laptop ini kat U dia. so kene bagi lah. dah merayu kat ayah suruh beli laptop baru, tengoklah macam mana. haha. melayu language tak nak kalah. haha. untuk pengetahuan korang semua,

hari ini adalah hari bersejarah. bukan untuk aku. untuk alter ego aku. haha. aku merepek. aku suka merepek tapi tak suka makan kerepek. hahaa. aku juga tengah melalui pelbagai phase dalam hidup aku. remaja lah kononnya. a.k.a. PMS!
bukan SMS , tapi PMS.

kalau kat sekolah ada ceramah Kotex, tanyaalah dorang apa PMS tu. k lah.
wasalam dan selamat sejahtera.